eh, sudah larikah paksi bumi @ pusingannya semakin cepatkah? bumi tidak lambat atau tidak cepat... tetapi masa yg kian berlalu spt mat rempit yg sibuk racing kat jln duta... ye, masa semakin singkat... sedar x sedar, dh almost 27 tahun haku hidup di bumi ini... namun, apakah sumbangan haku kat bumi?

ape yg telah haku sumbangkan kat bumi yg telah banyak memberikan oksigen utk membenarkan aku bernafas, air yg sihat bg membaikpulih sistem badan, pohon2 menghijau yg mengeluarkan pelbagai jenis kegunaan, lautan membiru yg penuh dgn khazanah alam... subhanallah... x terhitung banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya yg kerdil ini... cuma kita sedikit alpa tentang hal ini sbb sibuk dgn urusan duniawi sehingga buta mata hati...
manusia makin sibuk utk menjana wang... katanya "dengan wang aku boleh membeli dunia".. manusia juga sibuk merebut kuasa... katanya "dengan kuasa aku boleh membeli manusia"... manusia kian sibuk sehingga hilang nilai kemanusiaan yg menjadikan manusia itu manusia... pentingkan diri sendiri menjadi agenda utama...

0 comments:
Post a Comment