mengenaiku

Tuesday 4 March 2008

tanggal 12 september 1981 aku dilahirkan..
ketika itu di felda semenchu, kota tinggi, johor..
aku tidak menetap di suatu tempat pada jangka masa yang lama kerana kerjaya ayah sebagai pegawai felda menyebabkan kami sering berpindah..

aku kemudiannya dimasukkan ke sekolah berasrama penuh di SMAPK..
dari form 1 hingga lah form 5..
dari situ aku mula kenal erti persahabatan..
hingga kini, rakan2 ku masih berhubungan walaupun telah berkeluarga & bekerjaya..
alhamdullilah, kami boleh dikatakan ada rezeki..

tamat sahaja form 5, aku memasuki era sebagai penuntut universiti.. u
tm skudai.. di situlah tempat aku menimba ilmu tanah..
ya! aku mengambil jurusan pentadbiran & pembangunan tanah.. menarik, bukan?
di sini, aku lebih selesa tinggal di asrama..
maka, 4 tahun juga lah aku menginap di kolej rahman putra a.k.a kolej 1...

3 bulan menganggur selepas tamat pengajianku...
dipanggil menduduki ujian bertulis oleh maersk co.
aku hanya mencuba nasib.. kata orang, rezeki tidak ke mana..
aku diterima oleh sykt tersebut sebagai pekerja sementara selama 2 bulan menggantikan secretary cum admin yang ketika iteww mahu bersalin..
setelah menilai pretasi, aku diserap sebagai pekerja tetap..
syukur ke hadrat allah..

setahun setengah aku bekerja di bawah naungan maersk di pelabuhan tanjung pelepas...
tidak puas dgn kerjaya semasa, aku menduduki pula exam ptd..
dipendekkan cerita, akhirnya aku berjaya..

aku ditempatkan di seksyen harta tanah persekutuan, jkptg...
pada mulanya pejabat kami di jalan semarak, kl...
akhir tahun 2005, pejabat kami berpindah ke putrajaya..

kini, aku ditempatkan di jbtn pembangunan persekutuan kelantan..
selaku pegawai pembangunan jajahan pasir mas..
situasi yang amat berbeza dgn tugas dahulu..
namun, aku mengharapkan yg terbaik dlm melaksanakan amanah rakyat..

0 comments: