reNeu

Wednesday, 5 March 2008

yayyyy!!!
hari ini saya telah mendapat apa yg saya order dr Cik Emi... ia adalah.......
taraaaaaaaa!!!!!!!!



* dengan harapan wajahku makin cun x lama lagik... huhuhu...

aduh!! sakitnya bersalin

Tuesday, 4 March 2008

result ptk

aku mengambil exam ptk pada 12 - 13 dis '07...
pada hematku, aku akan gagal kertas khusus..
soalannya luar jangka
hari ini result keluar
berdebar hatiku (takut failed, aiiyakk!!)
& ini lah keputusannya
.
.
bahagian umum... aras 3 (aku target aras 4)
bahagian khusus... aras 3 (aku target failed)
keputusan keseluruhan
aras 3... huhuhu...
selamat aku tak payah repeat paper
syukur!!!

mengenaiku

tanggal 12 september 1981 aku dilahirkan..
ketika itu di felda semenchu, kota tinggi, johor..
aku tidak menetap di suatu tempat pada jangka masa yang lama kerana kerjaya ayah sebagai pegawai felda menyebabkan kami sering berpindah..

aku kemudiannya dimasukkan ke sekolah berasrama penuh di SMAPK..
dari form 1 hingga lah form 5..
dari situ aku mula kenal erti persahabatan..
hingga kini, rakan2 ku masih berhubungan walaupun telah berkeluarga & bekerjaya..
alhamdullilah, kami boleh dikatakan ada rezeki..

tamat sahaja form 5, aku memasuki era sebagai penuntut universiti.. u
tm skudai.. di situlah tempat aku menimba ilmu tanah..
ya! aku mengambil jurusan pentadbiran & pembangunan tanah.. menarik, bukan?
di sini, aku lebih selesa tinggal di asrama..
maka, 4 tahun juga lah aku menginap di kolej rahman putra a.k.a kolej 1...

3 bulan menganggur selepas tamat pengajianku...
dipanggil menduduki ujian bertulis oleh maersk co.
aku hanya mencuba nasib.. kata orang, rezeki tidak ke mana..
aku diterima oleh sykt tersebut sebagai pekerja sementara selama 2 bulan menggantikan secretary cum admin yang ketika iteww mahu bersalin..
setelah menilai pretasi, aku diserap sebagai pekerja tetap..
syukur ke hadrat allah..

setahun setengah aku bekerja di bawah naungan maersk di pelabuhan tanjung pelepas...
tidak puas dgn kerjaya semasa, aku menduduki pula exam ptd..
dipendekkan cerita, akhirnya aku berjaya..

aku ditempatkan di seksyen harta tanah persekutuan, jkptg...
pada mulanya pejabat kami di jalan semarak, kl...
akhir tahun 2005, pejabat kami berpindah ke putrajaya..

kini, aku ditempatkan di jbtn pembangunan persekutuan kelantan..
selaku pegawai pembangunan jajahan pasir mas..
situasi yang amat berbeza dgn tugas dahulu..
namun, aku mengharapkan yg terbaik dlm melaksanakan amanah rakyat..

sedikit kelainan

oppss.. wajah blogku lebih tampak feminin..
& beberapa topik sebelum ini telah di 'delete'
kerana dirasakan kurang sesuai..
semoga pembaca lebih terhibur dengan penampilan ini...

little widad

Monday, 4 February 2008

Nur Widad Safiyya dilahirkan pada 18 Mac 2007 di
Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
pada jam 11.30 malam..
dengan ditemani oleh Ibu Mertua tersayang..

berat widad tika iteww 3.0 kg ajork...
kaki pun cute ajork..

Cik Jah berpantang di Johor..
mengamalkan amalan berpantang orang Jawa (tapi Cik Jah bukan Jawa tau)
pakai pilis segala..
40 hari NO oily food
seksa wooo...

kini si cilik iteww nak masuk setahun
sudah pandai berdiri..
telah dibawa Ibu ke seluruh pelusuk negeri


Eeiiii... wat muka blurr ye!! lapar ke..


Jom main sama2 dgn Widad.. puting mane leh tinggal...


Widad di pagi raye... belum mandi lagik... musyuk la...


Cantik tak baju raya Widad? Ibu beli tau... baju Nenek pun lip lap lip lap anak mami..

Untuk pengetahuan semua, Widad lum ader gigi lagi... dh pandai nak berjalan... tp bila belajar berjalan, Widad jinjit kaki dia... dia pun dah pandai sebut perkataan yg mudah spt ateh, abah, abu, syyhh (nk halau biri2)...

saat bergelar isteri

berdebar...
28 Mei 2006 hari yang dinanti
tanggal itu Cik Jah dinobatkan sbg isteri


cincin iteww milikku!!!


malam berinai, malam terakhir bergelar single


hmmm... sepadan...


Atenye mcm pelakon zaman dolu2 la... sanding lebih kurang kul 2 ptg..


majlis makan beradap (sentapan + santapan)


my big family + uncles + aunties + cousins


Family-in-law


pengantin dua sejoli.. di atas pelamin duduk bersanding


puteri pari menyambut pengantin lelaki..

terima kasih daun keladi
buat yang sudi hadir & membantu kami
tiada kata ungkapan bicara
hanya doa yang mengiringi