rahsia WANITA yg perlu lelaki tahu

Friday, 7 March 2008

Ada betulnya..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang

bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu

bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu

menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk

menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan

ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang

orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita

yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah

jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang

lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya

walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam

ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak

tau macam mana nak menerima pujian.

7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan

kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan

berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita

yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat

keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu

selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk

seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia

sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka

rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara

termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni

lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood

wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam

diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya

melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh

seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang

diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai

sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita

tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi

wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan

dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu

dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan

setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia

memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu

atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk

memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang

dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering

tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini

lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling

romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah

rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe!

rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri

di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya

sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya

tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di

tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan

harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia

rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik

dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang

paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan

kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan

mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya

mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar

kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan

merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan

i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil

berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak

memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa

yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi

sepenuh jiwa.

syukur

Thursday, 6 March 2008

bila anda rasa putus asa, fikirkan tentang lelaki ini

jika anda fikir anda hidup susah, adakah anda susah seperti lelaki ini?

jika anda merungut tentang sistem pengangkutan, bagaimana dengan mereka?

jika anda fikir masyarakat tidak adil kepada diri anda, bagaimana pula dengan wanita tua ini?

jika anda berasa sedih, lihatlah mereka ini

jika anda rasa kerja anda susah, bagaimana dengan kerjanya?

jika anda rasa gaji anda rendah, bagaimana dengan gajinya?

jika anda rasa anda tiada kawan, renungkan lelaki ini

jika anda rasa belajar itu sesuatu yang membebankan, bagaimana dengan dia?

reNeu

Wednesday, 5 March 2008

yayyyy!!!
hari ini saya telah mendapat apa yg saya order dr Cik Emi... ia adalah.......
taraaaaaaaa!!!!!!!!



* dengan harapan wajahku makin cun x lama lagik... huhuhu...

aduh!! sakitnya bersalin

Tuesday, 4 March 2008

result ptk

aku mengambil exam ptk pada 12 - 13 dis '07...
pada hematku, aku akan gagal kertas khusus..
soalannya luar jangka
hari ini result keluar
berdebar hatiku (takut failed, aiiyakk!!)
& ini lah keputusannya
.
.
bahagian umum... aras 3 (aku target aras 4)
bahagian khusus... aras 3 (aku target failed)
keputusan keseluruhan
aras 3... huhuhu...
selamat aku tak payah repeat paper
syukur!!!

mengenaiku

tanggal 12 september 1981 aku dilahirkan..
ketika itu di felda semenchu, kota tinggi, johor..
aku tidak menetap di suatu tempat pada jangka masa yang lama kerana kerjaya ayah sebagai pegawai felda menyebabkan kami sering berpindah..

aku kemudiannya dimasukkan ke sekolah berasrama penuh di SMAPK..
dari form 1 hingga lah form 5..
dari situ aku mula kenal erti persahabatan..
hingga kini, rakan2 ku masih berhubungan walaupun telah berkeluarga & bekerjaya..
alhamdullilah, kami boleh dikatakan ada rezeki..

tamat sahaja form 5, aku memasuki era sebagai penuntut universiti.. u
tm skudai.. di situlah tempat aku menimba ilmu tanah..
ya! aku mengambil jurusan pentadbiran & pembangunan tanah.. menarik, bukan?
di sini, aku lebih selesa tinggal di asrama..
maka, 4 tahun juga lah aku menginap di kolej rahman putra a.k.a kolej 1...

3 bulan menganggur selepas tamat pengajianku...
dipanggil menduduki ujian bertulis oleh maersk co.
aku hanya mencuba nasib.. kata orang, rezeki tidak ke mana..
aku diterima oleh sykt tersebut sebagai pekerja sementara selama 2 bulan menggantikan secretary cum admin yang ketika iteww mahu bersalin..
setelah menilai pretasi, aku diserap sebagai pekerja tetap..
syukur ke hadrat allah..

setahun setengah aku bekerja di bawah naungan maersk di pelabuhan tanjung pelepas...
tidak puas dgn kerjaya semasa, aku menduduki pula exam ptd..
dipendekkan cerita, akhirnya aku berjaya..

aku ditempatkan di seksyen harta tanah persekutuan, jkptg...
pada mulanya pejabat kami di jalan semarak, kl...
akhir tahun 2005, pejabat kami berpindah ke putrajaya..

kini, aku ditempatkan di jbtn pembangunan persekutuan kelantan..
selaku pegawai pembangunan jajahan pasir mas..
situasi yang amat berbeza dgn tugas dahulu..
namun, aku mengharapkan yg terbaik dlm melaksanakan amanah rakyat..

sedikit kelainan

oppss.. wajah blogku lebih tampak feminin..
& beberapa topik sebelum ini telah di 'delete'
kerana dirasakan kurang sesuai..
semoga pembaca lebih terhibur dengan penampilan ini...